Posts

Showing posts from July, 2012

Bersahur dengan Nutella dan roti

Image
Hari ni bersahur mkn Nutella ngan roti je sebab nasi keras nak telan pun susah :P Kenyang sikit jer,slera pulak takde masa tu, nasi tu jadi keras sebab campur dengan beras lain, dia jadi keras ngan tak sedap,tapi masa berbuka lembut je.mungkin baru lepas masak kan :D

Jangan main mercun

Image
Jangan main mercun bahaya,nanti ade yang putus jari,tak leh nak menulis.Susah,yang patah tumbuh yang hilang berganti,tu pun kalu ade nak gantikan,jadi jangan main mercun,kalau nak main jugak hati2 lah sikit. *Jangan main mercun macam ni,ni bom

Perkara yang saya buat masa puasa

Image
Saya masa bulan puasa jarang pegi jalan jalan sebab kat luar tu panas.Biasanye duduk kat rumah tido, main game ,tengok tv ,baca buku dan banyak lagi.Masa petang pergi bazar beli kuih dan makanan.Masa malam pulak  kadang kadang duduk kat rumah kadang kadang pergi solat tarawih.Lepas tu tido.Perkara yang saya tak suka masa bulan puasa ni bersahur,malas nak bangun pagi pagi,dah la ngantuk takde slera pulak tuh.. Itu saje :) bye

Puasa

Image
Apabila kita berpuasa kita akan dapat 2 faedah,pahala dan kesihatan,kita kena menahan lapar dan dahaga. Semasa hari pertama puasa tahun ini saya rasa sangat lapar dan dahaga rasa cam nak pitam,memang lapar sangatlah.Lepas berbuka minum banyak banyak sampai rasa nak muntah.Masa pagi tu tak bersahur.Itu sahaja,Selamat menunaikan Ibadah Puasa :)

Bosan

Image
DI rumah tak tau nak buat apa..Apa yang perlu kita buat? 1.Tengok TV tengok sampai puas. 2.Main game,pilihlah game yang seronok,mencabar dan hebat. 3.Tido,tidur dapat menenangkan fikiran. 4.Memasak,kita boleh membuat piza,kek,ais krim dan banyak lagi 5.Pergi ke perpustakaan dan membaca,pinjam banyak banyak dan baca di rumah 6.Buat cerita,tulis di dalam buku cerita cerita anda yang menarik 7.Buatlah kraftangan,jadilah seorang yang kreatif